Thursday 11 April 2013

Nota Suku Kata

Suku kata
Suku kata ialah unit penyusun aturan bunyi pertuturan.
Contohnya, perkataan sayang terdiri daripada dua suku kata: sa dan yang.
Satu suku kata biasanya terdiri daripada nukleus suku kata (selalunya vokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan).

Vokal  -  a  ,  e  ,  i  ,  o  ,  u
Konsonan  -  selain daripada huruf vocal
Contoh : ru  +  mah
               kv  +  kvk
-    Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti yang) ialah kata ekasuku.


contoh : yang


-    Perkataan dua suku kata (seperti mana) ialah kata dwisuku.

contoh : ma  +  na



-    Perkataan tiga suku kata (seperti belalang) ialah kata trisuku.

contoh : be  +  la  +  lang

-     Perkataan lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.

contoh:  pem + bo + leh + u + bah

Cari perkataan dalam buku teks.
1.Perkataan satu suku kata  -

2.Perkataan dua suku kata  -

3.Perkataan tiga suku kata  -

4.Perkataan lebih daripada tiga suku   
   Kata  -



No comments:

Post a Comment