Sunday 5 May 2013

Sajak

sajak wadah perpaduan


mari kita berdendang,
wadah perpaduan diperdengarkan,
mengikut gerak lagu mesra dialunkan,
tanda muafakat membawa berkat.
walau berbeza rupa,
biar tak sama lenggok tarinya,
namun gerak seia sekata,
berteduh dibawah payung mahkota.
rakyat bersatu tonggak perpaduan,
sopan dan santun menjadi amalan,
budaya kita dipandang mulia,
jadi sebutan kebanggaan malaysia.
dengan penuh semangat setia kawan,
berdiri mengah di bawah satu bendera,
kita bermesra bangga satu bahasa,
kita muafakat patuh rukun negara.
mari kita makmurkan bumi bertuah,
negara kita merdeka kekal muhibah,
mengemgam erat wadah perpaduan,
menuju destinasi kegemilangan.
bersama membina masa hadapan,
bersatulah kita kearah wawasan,
kepuncak jaya kita abadikan.
kerana perpaduan teras kejayaan.

inilah wadah perpaduan,
sekian lama kita nyanyikan,
menjadi benih kasih dan sayang,
mekar perpaduan teras kejayaan.

Sajak

Sajak 1 Malaysia

Kekasih ku Malaysia

Malaysia,
Dahulu dirimu tidak cantik,
Apatah lagi terkenal.
Hinggalah muncul perwira,
Yang membentuk peribadimu menjadi jelita.
Malaysia,
Ku bangga denganmu,
Kecantikkan mu terserlah,
Setelah pembangunan semakin menghiasi dirimu,
Semakin hari ku semakin sayang,
Ku bangga menjadi milikmu.
Malaysia,
Dirimu membangun dan mejadi kebanggaan kami,
Kerana berkad usaha,
Yang bergabung membentuk,
Satu Malaysia.

Saturday 4 May 2013

Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RPH ( BAHASA MALAYSIA )

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 2H
Bilangan Murid : 49 orang
Tarikh : 17 April 2013 ( Rabu )
Masa : 1:25p.m. - 1:55p.m.
Tajuk : Beginilah Caranya
Bidang Pelajaran : Frasa
Subtajuk : Simpan Dengan Selamat,
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari,
                                      a. Cara menyimpan barang dengan selamat 
                                          melalui pengalaman mereka.
Konsep : Mengetahui cara menyimpan barang dengan selamat.
Objektif Pengajaran : Murid boleh menguasai frasa yang terdapat
                                       dalam petikan.
Standard kandungan : Mendengar,mengecam dan menyebut bunyi
                                       bahasa abjab suku kata, perkataan,frasa dan 
                                       ayat yang betul.
Standard Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini,murid 
                                            berupaya untuk:
                                        a.Mendengar,memahami dan menyebut frasa 
                                          dalam ayat tunggal dan ayat majmuk dengan 
                                          betul dan tepat.
EMK : Ilmu Kemahiran Hidup
KBKK : Menghububgkaitkan,membanding beza dan pemerhatian
Nilai moral : Bertanggungjawab dan bekerjasama
Bahan bantu mengajar : Power point , kad gambar , komputer ,
                                           kad perkataan , kad manila , kertas soalan ,
                                           kertas warna dan lembaran kerja.


Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )

Langkah Masa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
 




Set Induksi
 
   ( 3 minit )
1.Guru meminta murid menyatakan 
   gambar yang di dalam slaid power point.
2.Guru bersoal jawab dengan murid dan
    meminta murid menjawab soalan yang 
    dikemukakan oleh guru. 
  - Guru juga menanyakan murid apa
     perbezaan antara gambar 1 dengan  
     gambar 2.
3. Guru menanya kepada murid
     bagaimanakah kita perlu menyimpan
     barang yang bahaya dengan
     lebih selamat.
4. Guru mengaitkan jawapan murid 
    dengan tajuk pelajaran hari. 


BBB
Power point

KBKK
Membanding beza







Langkah 1
 
  ( 3 minit )
1. Guru memperkenalkan tajuk yang akan 
    disampaikan hari ini.
2. Guru meminta murid membaca petikan
    yang terdapatdi dalam slaid power
    point.
3. Guru meminta murid membaca ayat 
    petikan dengan lancar,teliti dan tepat.

Contoh petikan :
Baca Ayat di bawah dengan tepat:


1. Letakkan pinggan dan cawan di atas rak .
2. Ubat nyamuk dan syampu diletakkan di atas
    rak .
3. Letakkan ubat-ubatan dan minyak kapak di 
     dalam peti ubat khas . 
4. Simpan pisau dan gunting di dalam laci .
5. Simpan skru dan paku di dalam kotak 
    plastik .
4.Guru menerangkan perkataan yang 
    berwarna merah.
5.Guru bersoal jawab dengan murid .



BBB
Power point

KBKK
Menghubungkaitkan





Langkah 2
 
   (13 minit)
1. Guru menunjukkan gambar melalui 
     power point.
2. Guru bersoal jawab dengan murid .
3. Murid menjawab soalan guru 
    berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
4. Guru meminta murid menjelaskan apa 
     kegunaan barang tersebut.
5. Guru juga meminta murid menyatakan
     dimanakah kita perlu menyimpan  
     barang tersebut dengan selamat?
6. Guru membimbing murid supaya 
     mereka mengetahui barang yang 
     berbahaya perlu disimpan di tempat 
     yang selamat.



BBB
Power point

KBKK
Menghubungkaitkan

Nilai Moral
Bertanggungjawab


 
 

Langkah 3
 
   ( 2 minit )
1.Guru meminta murid membaca semula  
    frasa yang dipelajari tadi.
2.Murid membaca frasa dengan intonasi 
   yang jelas dan betul.

Frasa :
1.Pinggan                2.Cawan
3.Ubat nyamuk        4.Syampu
5.Pisau                    6.Gunting
7.Ubat-ubatan          8.Minyak kapak
9.Paku                    10.Skru



BBB
Power point

KBKK
pemerhatian


 
 
 
 
 
 
 


Langkah 4
 
  (12 minit )

    Aktiviti
  Kumpulan
1. Guru membahagi murid kepada 10 
    kumpulan.
2. Guru menyebut kumpulan,kumpulan 
     yang dipanggil perlu menghantar wakil
     tampir ke hadapan.
3. Guru menerangkan peraturan aktiviti 
    kumpulan.
 
Peraturan-Peraturan Aktiviti Kumpulan:

1.Murid mendengar arahan guru.
2.Kumpulan yang dipanggil oleh guru perlu 
   melibatkan diri dalam aktiviti ini.
3.Guru mengajar murid cara bermain 
   permainan ini.
a.Setiap murid yang dipanggil akan
   mendapat sekeping kertas A4 yang
   bergambar di dalam kotak yang
   disediakan.
b.Murid melihat gambar dan mencari 
   tempat yang sesuai untuk melekat
   gambar mereka.
c.Murid melekat gambar pada kad manila.
4.Perbincangan jawapan.

4. Ketua kumpulan mengambil bahan 
  daripada guru.
Bahan-bahan:
a. keping kad manila
b. Kad gambar
c. 20 Keping sampul surat berwarna
 
5. Murid mengambil kad gambar lalu 
    melekatkan pada jawapan yang sesuai.
6. Guru sebagai fasilitator.
7. Ketua memberi arahan kepada ahli
    kumpulan.
8. Guru memberi pujian dan menerapkan 
     nilai moral bekerjasama kepada 
     kumpulan yang berjaya menjalankan 
     aktiviti.



BBB
Power point
Kad manila
Kad gambar
Sampul surat berwarna

KBKK
Menjana idea,
Memberi perhatian,
Mematuhi peraturan

Nilai Moral
Bekerjasama

Menjaga kebersihan

 
 
Langkah 5
 
3 minit )
 
   Penilaian
1. Guru mengedarkan latihan pengukuhan 
    kepada setiap murid untuk menguji 
    pemahaman mereka.
2. Murid memulakan membuat latihan
    pengukuhan.
3. Guru memantau sambil memberi 
    bantuan kepada murid yang lemah.
4.Guru membuat perbincangan soalan.
5.Guru membetulkan kesilapan murid.



BBB
Lembaran kerja

KBKK
Menjana idea,
Memberi perhatian,




Penutup
 
    ( 2 minit )
1. Guru meminta murid mengingat semula 
    tentang apa yang dipelajari hari ini.
2. Guru membuat rumusan dan bersoal 
    jawab bersama murid.
3. Guru memuji murid dan meminta murid
    bertepuk tangan kepada kejayaan diri.
4.Guru memberi latihan kepada murid.

BBB
Power point

KBKK
Mengingkat kembali

Nilai Murni
Berdisplin
Bekerjasama