Friday 26 April 2013

Nilai Moral Tahun 2

Murid sedang menulis nilai moral



 

 
 

Bahasa Melayu Tahun 2

Murid menduduki ujian
 
 



Pendidikan Seni Tahun 2

 
                                                           Murid mula mewarna




                                                           Lukisan murid sudah siap

 

 

 

Wednesday 24 April 2013

SAJAK

Guruku Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

SAJAK

Sajak sekolahku


SEKOLAHKU INDAH LAGI CANTIK….
MURIDNYA RAMAI MALAHAN CERDIK.
BIJAK, AMANAH, BERDISIPLIN JUGA BAIK….

SEKOLAHKU PERMAI DAN JUGA DAMAI..
TIADA SENGKETA TIADA RISAU,
SALING MENGHOMATI BUDAYA KITA…
SEGALA MASALAH DIKONGSI BERSAMA.

SEKOLAHKU…RUMAHKU…
TEMPAT BELAJAR, TEMPAT BERMAIN,
TEMPAT MENIMBA SEGALA ILMU.
JADI PEDOMAN SETIAP WAKTU…

Tuesday 23 April 2013

Cerita

Helah Sang Kancil
 
Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor kancil yg bijaksana. Suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan menikmati keindahan hutan. Tiba-tiba terdengar ngauman yg amat kuat di belakangnya. Bila menoleh, rupa-rupanye Sang Singa si raja rimba sedang bersedia utk menerkam dan membahamnya.Sang Kancil cemas. Kakinya terketar-ketar. Namun, fikirannya tetap ligat berputar. Mencari akal utk lepas drp dibaham Sang Singa yg lapar.

“Tunggu wahai raja rimba yg gagah perkasa, sebelum kau jadikan aku hidangan tengahari mu, ingin ku sampaikan satu pesan,” ujar Sang Kancil mencari helah melepaskan dirinya.“Pesan apa wahai Kancil? Jangan fikir kau dapat melepaskan diri,” sergah Sang Singa sambil menunjukkan taring dan kukunya yg tajam bak taji.Sang Kancil bertambah gerun. Namun digagahkan juga dirinya utk menyambung bicara.“Sebenarnya aku disuruh oleh seekor singa yang sama besar dan gagah sepertimu utk menyampaikan pesanan mahu bertarung dan beradu kekuatan,” Sang Kancil mereka cerita.

“Apa? Ada singa lain yg menyamai kegagahanku, dan berani utk menentangku di hutan ini?” bentak Sang Singa sebaik mendengar bicara Sang Kancil. Dia mengaum sekuat-kuatnya sehingga unggas-unggas yg sedang berehat di pepohonan terbang bertempiaran. “Di mana kamu temui singa yg berani menentang aku itu? Tunjukkan kpd aku sekarang juga!” tambah Sang Singa dengan amarah yang membara.“Singa itu sedang menunggumu di tepi sungai di pinggir hutan ini.” tanpa lengah, Sang Kancil menunjukkan arah.

Sang Singa berlari selaju mungkin menuju ke sungai yg dimaksudkan. Sebaik tiba ditebing sungai yg jernih itu, Sang Singa terus menyeberangi jambatan kayu yg merintangi kedua-dua belah tebing. Matanya melilau liar sambil memusing-musingkan kepala, mencari  si singa yg mahu menentangnya, sepertimana diberitakan oleh Sang Kancil yang bijaksana.Seterusnya Sang Singa melihat ke dlm air, dan ia melihat satu bayangan yg menyerupai dirinya. Ia menyangka bahawa bayangan itulah singa yg mahu beradu kekuatan dengannya. Sang Singa mengaum keras utk menunjukkan rasa tidak takut, apatah lagi cemas.Alangkah terkejutnya Sang Singa tatkala melihat bayangan itu juga membuka mulut dan menampakkan taringnya yg tajam dan bersinar. Sang Singa berasa tercabar. Lalu  tanpa berfikir panjang, ia terjun ke dlm sungai utk menyerang bayangan dirinya itu.Blurrrpppppp!!! kedebom!

Sang Singa basah kuyup disimbah air sungai, sementara bayangan yg menentangnya hilang entah ke mana. Sang Singa yg basah, kesejukan bercampur kebingungan memikirkan ke mana perginya singa “penentang” itu tadi.Akhirnya, Sang Kancil selamat daripada dimakan oleh singa – Sang Raja Rimba.

Sunday 21 April 2013

Video Di Zi Gui

Nota Dan Latihan Kata Hubung

Nota Kata Hubung

-Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan kata, frasa dan ayat.



Contoh Penggunaannya
ApabilaPara penonton tertawa apabila melihat telatah pelawak  itu.
*Kata hubung apabila tidak boleh digantikan dengan kata bila. Bila sebenarnya merupakan kata tanya.
Supaya / agarAnda perlu berakhlak mulia supaya anda dihormati orang. (atau)
Anda perlu berakhlak mulia agar anda  dihormati orang.
* Agar dan supaya mendukung makna yang sama  .Oleh itu, pilihlah salah satu saja.
Oleh sebabPertandingan syarahan itu diabtalkan oleh sebab tidak mendapat sambutan
* Penggunaan oleh kerana salah kata sendi maesti diikuti oleh kata nama sebagai objek dan bukannya kata hubung
Jika / sekiranyaSaya akan  datang jika hari tidak hujan.
Saya akan datang sekiranya hari tidak hujan.
*Kata jika dan sekiranya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah salah satu saja.

Latihan
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.

1.IMurid-muirid bersorak gembira bila mendengar pemgumuman itu.
IISebelum pulang, Kuhan mengunci pintu bilik itu.
IIISejak kejadian itu, Lili dan Munirah tidak bertegur sapa.
IVOleh kerana ketakutan, Hwang tidak dapat menjawab soalan itu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
2.ISehingga kini, masalah itu masih belum selesai.
IISetelah perniagaannya gagal, barulah Junaidi sedar akan kesilapannya.
IIIWalaupun hidupnya susah tapi dia tidak pernah meminta-minta daripada orang lain.
IVJangankan kapal terbang, kereta api dia belum pernah naik.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV
3.IBeg kulit itu cantik tetapi harganya mahal.
IIBaik abang mahupun kakak tidak suka berkebun sayur.
IIIUmi tidak dapat menyaksikan konsert itu kerana dia tidak mempunyai tiket.
IVSaya tahu kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
4.ISejak dari semalam, hujan turun tidak berhenti-henti.
IIPuan Leha berdoa anaknya kembali ke pangkal jalan.
IIIDaging itu hendaklah direbus sehingga empuk.
IVJika kemarau berlarutan, tanam-tanaman pasti banyak yang akan mati.
A I dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV



Nota Dan Latihan Kata Bilangan

Nota Kata Bilanagan

Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. Kata bilangan ada enam jenis iaitu:
  1. Kata bilangan tentu
    Contoh: satu, dua, tiga
  2. Kata bilangan tak tentu
    Contoh: beberapa, banyak, segala
  3. Kata bilangan himpunan
    Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan
  4. Kata bilangan pecahan
    Contoh: setengah, tiga suku
  5. Kata bilangan pisahan
    Contoh: tiap-tiap, masing-masing
  6. Kata bilangan tingkat
    Contoh: pertama, kedua, ketiga
 
Latihan:PENJODOH BILANGAN

Arahan : Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1.      “Berapakah harga ………. petai ini?” tanya ibu kepada penjual.

A  sebiji                 C  seulas

B  sebuah              D  sepapan
 
2.      Banyak ………. perca kain yang berwarna-    

       warni dijahit untuk dijadikan alas kaki yang

       menarik.

      A  cebis                 C  bidang

      B  gumpal              D  gulung

3.      Malik membeli sebatang tebu dan memotong-motongnya agar setiap adiknya mendapat ……….

A  sebiji                 C  sehiris

B  seruas                D  seketul
 
4.      Pak Ahmad mempunyai beberapa ……….

rumah sewa di Kampung Pinang Sebatang.

A  pintu                 C  bidang

B  papan                D  rangkai
 
5.      Pemuda itu telah menjumpai ………. kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.

A  sebilah              C  sejambak

B  seutas                D  serumpun

6.      Dia  mengesat dakwat yang tertumpah di    

atas meja itu dengan ……… kain.

A  sebidang                       C  sepasang

B  secebis              D  selembar    

7.      Beberapa ……… mutiara digunakan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.

A  ulas                   C  butir

B  keping               D  potong
 
8.      Abang memasukkan ………. filem ke dalam kameranya.

A  segulung                       C  sekajang

B  segelung                       D  sebuah
 
9.      Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ………. asam gelugur dan beberapa ………. bawang merah.

A  sepotong …..  biji

B  sehiris     …..  ulas

C  seketul    …..  biji

D  sekeping …..  ulas
 
10.  Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa ……… rambutan serta beberapa ………. kelapa.

A  tangkai …..  sikat

B  ikat       …..  tandan

C  ikat       …..  sisir

D  tangkai  …..  sisir

Latihan Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama

1. Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
2. Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama.
3. Kata sendi nama ini hendaklah dipisahkan dari perkataan yang mengikutinya.
4. Kata sendi nama terdiri daripada:
     a) di
         -untuk menunjukkan tempat sahaja - contoh : Rumah saya terletak di Taman
           Matahari.
     b) kepada
         -untuk menunjukkan penerima ialah orang atau haiwan
         -ditujukan kepada sesuatu institusiyang dipunyai manusia
          contoh: i) Aina mengirim surat kepada ayahnya.
                     ii) Permohonan itu ditujukan kepada Berita Harian.
      c) pada 
          -untuk menunjukkan tempat bagi sesuatu perbuatan, keterangan tentang waktu dan
            konsep.
          contoh: i) Perhimpunan diadakan pada hari Isnin.
                     ii) Gambar itu digantungkan pada dinding rumahnya.
      d) dari
           -untuk menunjukkan tempat atau arah asal sesuatu atau tempat
           -bermulanya sesuatu perkara
            contoh : Dia berasal dari Semenyih
      e) daripada
          -untuk menunjukkan punca dan asal kejadian sesuatu
          -untuk menunjukkan perbezaan dan keanggotaan
           contoh: i) Kerusi itu diperbuat daripada kayu jati.
                      ii) Siti lebih tinggi daripada Lela.
                     iii) Para peserta terdiri daripada murid-murid tahun tiga.
       f) ke
           -untuk menunjukkan tempat atau arah dituju
           -untuk menunjukkan masa atau waktu.
            contoh: i) Kakak pergi ke kedai.
                       ii) Perlawanan itu ditunda ke tarikh yang lain.
       g) oleh
           -untuk menunjukkan perlakuan pasif dengan pembuatnya
           -membawa maksud sebab
            contoh: i) Seluar itu dijahit oleh Mak Temah.
                       ii) Nelayan itu terbunuh oleh tusukan ekor ikan pari yang berbisa itu.
       h) dengan
           -membawa maksud bersama-sama bandingan setara, keterangan cara dan penggunaan sesuatu
             sebagai alat.
             contoh: Pak Zul mengetuk paku dengan penukul.
Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1.  Cikgu Daud hadir _________ sekolah _________ pukul 7 pagi.
     A  ke ...dari
     B  di ... pada
     C  ke ... pada
     D  di .... hingga

2.  Husna lebih tinggi __________ kakaknya, Mardiah.
     A  dari
     B  pada
     C  dengan
     D  daripada

3.  Tembakan pemburu itu kena tepat _____________ sasarannya iaitu seekor rusa.
     A  di
     B  ke
     C  pada
     D  kepada

4.  Ibu telah membeli sebiji kek ___________ menyambut hari lahir adik.
     A  untuk
     B  pada
     C  di
     D  kepada

5.  Keadaan kampung itu telah berubah jika dibandingkan __________ dahulu.
     A  dari
     B  dengan
     C  pada
     D  daripada

Saturday 20 April 2013

Video Upin Dan Ipin


Video Upin Dan Ipin

Latihan peribahasa

Latihan Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan di bawah.

1.      Ibu selalu menasihati Zairi agar banyak membaca kerana ________________
A.      masa itu emas
B.      membaca jambatan ilmu
C.      bahasa jiwa bangsa
D.     badan sihat otak cergas

2.      Cikgu  Poi Leng mengarahkan murid-muridnya supaya meluruskan barisan yang bengkang-bengkok ______________________.
A.      seperti ular kena paling
B.      seperti kerbau dicucuk hidung
C.      seperti ikan dalam belat
D.     seperti bumi dengan langit

3.      Aliff tidak  mengenang jasa ibu dan bapa angkatnya yang telah membesarkannya. Sikapnya ________________.
A.      bagai gagak pulang ke benua
B.      bagai ayam disambar helang
C.      bagai kacang lupakan kulit
D.     bagai melukut di tepi gantang

4.      Kepulangan Aziz dari luar negara setelah tamat belajar di sebuah university ___________.
A.      bagai sireh pulang ke gagang
B.      bagai itik pulang petang
C.      bagai menatang minyak yang penuh
D.     bagai telur di hujung tanduk

5.      Pasukan pengakap sekolah sekolah bekerjasama _______________ semasa mengadakan aktiviti perkhemahan di sekolah.
A.      bagai isi dengan kuku
B.      bagai dakwat dengan kertas
C.      bagai aur dengan tebing
D.     bagai abu di atas tunggul

6.      penduduk di taman perumahan itu melakukan hal masing-masing tanpa mempedulikan hal jiran tetangga. Hal ini seperti perumpamaan _____________.
A.      bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
B.      bagai melepaskan anjing tersepit
C.      bagai anjing dengan kucing
D.     bagai melepaskan batuk di tangga



7.      Aliana berasa kecewa kerana cintanya terhadap Azizi tidak berbalas, bak kata orang______________.
A.      bagai buluh ditarik songsang
B.      bagai balak terendam
C.      bagai bertepuk sebelah tangan
D.     bagai mendukung biawak hidup

8.      Hanisah mendapat harta yang banyak daripada peninggalan arwah bapanya.Tiada siapa-siapa yang tahu akan hal itu. Hal ini seperti _________________.
A.      bagai tikus jatuh ke beras
B.      bagai melukut di tepi gantang
C.      bagai api dalam sekam
D.     bagai kacang lupakan kulit

9.      Keadaan televisyen yang rosak itu menjadi lebih teruk apabila dibaiki oleh Tan Choong. Bak kata orang_______________
A.      bagai menarik rambut dalam tepung
B.      bagai kumbang putus tali
C.      bagai tikus membaiki labu
D.     Bagai melepaskan anjing tersepit

10.  Penghulu menyelesaikan masalah rakyat dengan berhati-hati supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.
A.      bagai melepaskan batuk di tangga
B.      bagai menarik rambut dalam tepung
C.      bagai buluh ditarik songsang
D.     bagai aur dengan tebing