Saturday 13 April 2013

Nota I - THINK

Apa itu I-Think::

I-think ni diperkenalkan untuk membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar disamping melahirkan murid yang berinovatif. i-think ini, murid-murid akan didedahkan dengan lapan jenis carta yang boleh digunakan untuk menghasilkan nota. ini amat berguna tau. menurut pensyarah cheq ( Dr. Irfan Nyia) yang bagi seminar ni, berkemungkinan program i-think ini akan mula diperkenalkan disekolah di Malaysia pada akhir Oktober ini ada 8 jenis carta(map) ni.. 



  1.  peta bulatan ( circle map). kebiasaannya carta jenis ni guna untuk bagi definisi ataupun nak dapatkan maklumat tambahan(brainstorming).




dua-dua gambaQ di ataih tu menunjukkan peta bulatan (circle map). cara nak gunapeta ni ialah minta murid-murid tulis tajuk utama ditengah-tengah bulatan dan minta murid huraikan/ senaraikan isi berdasarkan tajuk pada bahagian bulatan yang ditepi... boleh guna kaedah tulisan ataupun lukis/tampal gambar.

2.    peta pokok ( tree map). peta ni digunakan untuk membuat pengelasan.





3.    peta buih (bubble map).  peta ni biasa digunakan untuk menerangkan sesuatu..contoh untuk terangkan pasai bunga. kat bulat tengah tulih la bunga, bulat yang tepi-tepi tulis la ciri-ciri bunga.



ia boleh juga guna untuk terangkan sesuatu watak.

4.    peta buih berganda (double bubble map). peta jenis ni guna untuk membandingbea sesuatu perkara. contoh: nak banding beza watak Harry Potter dengan Superman. bulatan yang bersambung ditengah-tengah tu untuk tulis persamaan. yang tepi-tepi untuk tulis perbezaan watak tu. 


sumber : tok ki google



5.   Peta alir (flow map) ni untuk menerangkan urutan. contoh kalau urutan nak masak nasik goreng, boleh la guna peta air ni... yang penting urutan ni mesti anak panah dia selari. tak boleh anak panah bertentangan. 



contoh yang bawah ni urutan pasai siap nak pi sekolah.

6.  Peta pelbagai alir ( multi-flow map). peta ni guna untuk menerangkan sebab dan akibat. contoh pasai kebakaran. tajuk tulis kat tengah. sebab sebelah kiri, akibat sebelah kanan.




contoh kemalangan kereta. sebab dan akibat....


7.  Peta dakap ( Brace map). digunakan untuk terangkan hubungan bahagian dengan seluruh.  contoh nak terangkan pasai manusia. apa hubungan bahagian yang berkaitan dengan manusia? contoh kepala, badan, kaki. bahagian kepala ada pecahan lagi kepada mata, hidung, mulut.





8.    Peta titi ( bridge map). peta ni untuk membuat analogi- hubungan yang sam, mencari faktor perhubungan. 
sumber : tok ki google

contoh tengok gambar adalah untuk buat analogi karektor dalam buku. [Tigger is a character in Winnie The Pooh as Wilbur is a character in Charlotte's Web as Bilbo  is a character in The Hobbit.]

1 comment:

  1. I am writing to inform you that you have used graphics on your website that are the property of Walter L. Parsley Elementary School. The graphics are on this page: http://bakorlambok.tripod.com/thinking_maps.html. Examples of Thinking Maps found on http://www.nhcs.net/parsley/Curriculum/ThinkingMaps.html are what have been used without authorization.
    Please accurately attribute these graphics or remove them immediately and reply to this email to let me know it has been done.
    Thank you,

    Mary Rizzo
    Webmaster
    Walter L. Parsley Elementary
    www.nhcs.net/parsley
    Wilmington, NC

    ReplyDelete