Friday 5 April 2013

Kata Nama Am


Kata nama am digunakan untuk merujuk kepada benda, tempat, binatang, orang dan sebagainya secara umum.

1. Benda

  •     Contoh: meja, bas, bendera

  •     Ayat Contoh: Pelbagai jenis kuih terhidang di atas meja.  
2. Orang

  •     Contoh: rakan, guru, murid

  •     Ayat Contoh: Murid itu sangat gigih berusaha demi mencapai cita-citanya.
3. Haiwan

  •     Contoh: ikan, kucing, burung

  •     Ayat Contoh: Beberapa ekor burung hinggap di dahan pokok.
4. Tempat

  •     Contoh: kantin, bilik, taman bunga

  •     Ayat Contoh: Pada setiap petang, Lili dan rakan-rakannya beriadah di taman bunga.

No comments:

Post a Comment