Saturday 13 April 2013

Nota Kata Abjektif Dan Latihan

Kata Abjektif
Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Jenis jenis kata adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

sifat

menerangkan sifat keadaan atau seseorang
contoh: baharu (new), baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat, tercantik

warna

contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat

ukuran

contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis

bentuk

contoh: bujur, lurus,

waktu

contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam

jarak

contoh: dekat, hampir, jauh

cara

contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah

pancaindera

  • rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin,
  • pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
  • dengar:bising, sunyi, senyap
  • bau: busuk, wangi, hangit, hapak
  • sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin

perasaan

contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Pangkat pangkat adjektif

Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:

Pangkat biasa

Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:
  • Baju dia cantik.
  • Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan

Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:
  • Tenaganya sekuat Badang.
  • Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangat

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:
  • Cuaca hari ini sangat mendung.
  • Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:
Latihan:
Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .
1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik .
2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .
3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan .
4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu.
5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.
6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut.
7.Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit.
8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis.
9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.

10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.

No comments:

Post a Comment