Saturday 13 April 2013

Tatabahasa : Kata Kerja
1.     Maksud Kata Kerja (KK) – KK ialah perkataan yang menjadi inti dalam binaan
        frasa kerja.

        Contoh dalam ayat :- 
            Ahmad / sedang memancing ikan.
                                        S                             P
         Bagi binaan frasa kerja, iaitu sedang memancing ikan, perkataan memancing
         (KK) adalah menjadi inti.
 
         Frasa kerja pula wajib mempunyai KK yang boleh disertai unsur lain seperti
         kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen (bahawa, untuk) dan keterangan. 
         Contohnya dalam ayat tadi, perkataan memancing boleh (malah dalam ayat
         ini wajib) diikuti dengan perkataan ikan yang berfungsi sebagai objek.
         Selain itu perkataan sedang juga boleh hadir sebagai kata bantu (aspek).
 
2.           Penggolongan KK 
Secara mudah KK boleh dibahagikan mengikut carta di bawah.
 
2.1             KK Transitif (KKT) – KKT ialah KK yang memerlukan objek untuk menyempurnakan
maksud ayat. Objek wajib terdiri daripada kata nama.
Contoh dalam ayat – Ibu / sedang mengemas bilik.
Bilik adalah objek dalam ayat itu – Ingat! objek mesti kata nama kerana apabila
ayat itu dipasifkan , objek akan menjadi subjek selepas  diletakkan di pangkal
ayat. Perhatikan ayat ini: -
Bilik / sedang dikemas oleh ibu. 
Tip – Ayat Pasif Bukan Ayat Songsang kerana susunannya
          masih meletakkan frasa nama di hadapan ayat.
 
2.2             KKT boleh dibahagikan kepada dua, iaitu KK Transitif Aktif dan KK
Transitif Pasif. 
KK Transitif Pasif sebenarnya lahir daripada KK Transitif Aktif apabila
berlaku proses pasif. Perhatikan contoh di bawah.

2.3              
Untuk lebih memahami bentuk kata pasif pelajar  boleh merujuk
kepada jenis ayat pasif.
 
2.4             KKTT boleh dibahagikan kepada dua iaitu KKTT berpelengkap dan KKTT
tanpa pelengkap.
 
2.4.1       KKTT berpelengkap ialah KK yang perlu diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Perhatikan contoh ayat di bawah:- 
Bapa / beransur – Ayat ini tidak lengkap dan tergantung. Oleh sebab itu
KK beransur memerlukan pelengkap supaya ayat itu gramatis (betul).
Ayat itu dianggap gramatis seperti contoh di bawah:- 
Bapa / beransur baik.
Perkataan baik berfungsi sebagai pelengkap (bukannya keterangan).
Pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata sendi nama, atau
kata adjektif.
Perhatikan contoh ayat di bawah:- 
Ahmad tinggal di Kuala Lumpur. (kata sendi nama sebagai pelengkap)
Pemburu itu berbantalkan lengan. (kata nama sebagai pelengkap).
Azman berbuat baik kepada orang tua. (kata adjektif sebagai pelengkap)
 
Perhatikan contoh ayat itu, jika perkataan bergaris tiada, ayat itu tidak lengkap
dan dianggap tergantung.
 
2.4.2       KKTT tanpa pelengkap pula ialah KK yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau
penyambut atau pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
 
Perhatikan contoh ayat di bawah:-
           Ali / sedang berjalan.
            S             P     
Ayat di atas yang menggunakan KKTT tanpa pelengkap (berjalan). Kata kerja
ini boleh berdiri sendiri. Bagaimanapun pelajar sering terkeliru dengan unsur
keterangan yang boleh hadir selepas KKTT tanpa pelengkap itu. Perhatikan
contoh di bawah:- 
Ali / sedang berjalan dengan ibunya.  Perkataan yang bergaris ialah keterangan,
bukan objek atau pelengkap kerana jika ayat itu berhenti selepas berjalan sahaja,
ayat ini sudah dianggap lengkap. 
Satu lagi perkara yang sering menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar ialah
antara KKTT tanpa pelengkap dengan KKT.
Perhatikan contoh di bawah. 
Rahman /  menyanyi di atas pentas.
     S                              P      
Di atas pentas / Rahman / menyanyi.
            P                     S               P
 
Kelihatan ayat itu seperti dipasifkan sehingga pelajar keliru bahawa perkataan
menyanyi ialah KKT aktif. Sebaliknya apa yang berlaku ialah ayat itu mengalami
proses songsang. Hal ini dibuktikan kerana pangkal ayat bukan kata nama yang
boleh berfungsi sebagai subjek.

Latihan 1
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.
1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.
5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.        
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.
8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.

Latihan 2
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Latihan kata kerja…
1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih B mengeluh C mengenang D mengerang

2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat B menggeletar C menggelupur D menggelepar

3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang B dibuang C dihalau D ditindas

4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk B mengetuk C memukul D memalu

5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit B melenyek C memerah D menindih

6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut B menyambar C merampas D mengambil

7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan B menjalankan C mengadakan D melahirkan

8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah B terpisah C terpecah D terbahagi

9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A melulur B meneguk C mengunyah D menghisap

10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang B menimbang C melaksana D melihat

No comments:

Post a Comment