Friday 12 April 2013

Nota Kata Hubung Dan Latihan

Kata Hubung
 
-Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal.
 -Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.

Kata Hubung Gabungan
-Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan.kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.
Contoh:

1.Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.

2.Roziah mendengar   radio sambil menggosok baju.

Kata Hubung Pancangan
-Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat
kecil.

         Ayat utama                         Ayat Kecil
1.         [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]

2.         Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.

3.         Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.

kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

1.             Kata hubung pancangan relatif
2.             Kata hubung pancangan komplemen
3.             Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan relatif.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata
hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi
menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata
hubung pancangan relatif ialah "yang".

Kata hubung pancangan komplemen.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".

Kata hubung pancangan keterangan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama.
Contoh kata keterangan adalah seperti;

"kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila".
1.             dan
     contoh :
A)            Abu dan Ali membaca buku.
B)            Emak membeli ikan dan ayam di pasar.
2.             lalu
      contoh:
A)            Saya membuka pintu lalu masuk ke dalam rumah.
B)            Siti makan lalu membasuh pinggan.
3.             sambil
       contoh:
A)            Ahmad makan roti sambil menonton televisyen.
B)            Mary menari sambil menyanyi.
4.             kerana
       contoh:
A)            Wei Kit tidak hadir ke sekolah kerana deman.
B)            Bayi itu menangis kerana lapar.
Latihan:
A)Pilih jawapan yang sesuai.
sambil
kerana
dan
lalu


1.             Chong Meng makan nasi______mendengar radio.
2.             Saya_______adik berjalan kaki ke sekolah.
3.             Wah Lee menangis________dimarahi oleh ibu.
4.             Puan Siti masuk_______duduk di atas kerusi.

No comments:

Post a Comment