Sunday 5 May 2013

Sajak

sajak wadah perpaduan


mari kita berdendang,
wadah perpaduan diperdengarkan,
mengikut gerak lagu mesra dialunkan,
tanda muafakat membawa berkat.
walau berbeza rupa,
biar tak sama lenggok tarinya,
namun gerak seia sekata,
berteduh dibawah payung mahkota.
rakyat bersatu tonggak perpaduan,
sopan dan santun menjadi amalan,
budaya kita dipandang mulia,
jadi sebutan kebanggaan malaysia.
dengan penuh semangat setia kawan,
berdiri mengah di bawah satu bendera,
kita bermesra bangga satu bahasa,
kita muafakat patuh rukun negara.
mari kita makmurkan bumi bertuah,
negara kita merdeka kekal muhibah,
mengemgam erat wadah perpaduan,
menuju destinasi kegemilangan.
bersama membina masa hadapan,
bersatulah kita kearah wawasan,
kepuncak jaya kita abadikan.
kerana perpaduan teras kejayaan.

inilah wadah perpaduan,
sekian lama kita nyanyikan,
menjadi benih kasih dan sayang,
mekar perpaduan teras kejayaan.

No comments:

Post a Comment