Saturday, 13 April 2013

Malaysia Tercinta

MALAYSIA TERCINTA.
MALAYSIAKU,
DISINILAH TEMPAT AKU DILAHIRKAN,
DISINILAH JUGA AKU DIBESARKAN,
AKU AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH2,
DEMI NEGARA DAN BANGSA TERCINTA.
MALAYSIAKU,
DEMIMU KUSANGGUP BERKORBAN,
WALAUPUN NYAWA DAN HARTA SEKALIPUN,
DEMIMU JUGA AKAN KU PERTAHANKAN,
DARI SEGALA ANCAMAN MENDATANG.
MALAYSIAKU,
AKAN KUUSAHA DENGAN GIGIH,
UNTUK MENAIKKAN NAMAMU,
AKAN KUHIASI DENGAN SEGALA KEINDAHAN,
SUPAYA MOLEK DIPANDANG MATA.
MALAYSIAKU,
AKAN KU TERUSKAN USAHA MURNIKU,
DEMI MENDIDIK ANAK2 WATAN,
SUPAYA LAHIR GENERASI GEMILANG,
UNTUK MEGGALAS IMPIAN DAN HARAPAN.


MALAYSIA TANAH AIRKU.
MALAYSIA TANAH AIRKU,
TEGUHMU SETEGUH KINABALU,
GGAHMU SEGAGAH MAHAMERU,
NAMAMU SENTIASA DIKALBU.
TANPA SEGAN DAN TANPA SILU,
AKU ADALAH WARGAMU,
MENJUJUNG BUDAYA ILMU,
MENJADI PEWARIS BANGSAKU.
AMAN SENTIASA LAGI BAHAGIA,
DIBAWAH PAYUNG PADUKA RAJA,
RAKYAT HIDUP BERBILANG BANGSA,
NAMUN PERPADUAN UTUH TERPELIHARA.
USAH PEDULIKAN MEREKA YANG DENGKI,
MEGAHLAH BERDIRI DIBUMI INI,
BERSOPAN SANTUN DAN BERHEMAH TINGGI,
AMALAN BANGSA TERUS DIHAYATI.


SYAIR MALAYSIAKU INDAH.
DENGARLAH RAKAN SAYA BERMADAH,
NEGARAKU MALAYSIA NEGARA INDAH,
SELURUH DUNIA TERKENAL SUDAH,
RAKYATNYA AMAN TAK PERNAH GUNDAH.
KUALA LUMPUR IBU NEGARA,
TEMPAT BERLANGSUNG URUS NIAGA,
PELBAGAI KEMUDAHAN ADA TERSEDIA,
MERCU LAMBANG NEGARA JAYA.
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN,
BERSE,PADAN WILAYAH PERSEKUTUAN,
NEGERI PERAK DARUL RIDZWAN,
PESAT MEMBANGUN MENUJU WAWASAN.
NEGERI MELAKA NEGERI BERSEJARAH,
TEMPAT LAHIR PAHLAWAN HANG TUAH,
NEGERI JOHOR BANYAK DAERAH,
NEGERI SEMBILAN PANTAINYA INDAH.

No comments:

Post a Comment