Kata Sendi Nama
1. Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
2. Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama.
3. Kata sendi nama ini hendaklah dipisahkan dari perkataan yang mengikutinya.
4. Kata sendi nama terdiri daripada:
a) di
-untuk menunjukkan tempat sahaja - contoh : Rumah saya terletak di Taman
Matahari.
b) kepada
-untuk menunjukkan penerima ialah orang atau haiwan
-ditujukan kepada sesuatu institusiyang dipunyai manusia
contoh: i) Aina mengirim surat kepada ayahnya.
ii) Permohonan itu ditujukan kepada Berita Harian.
c) pada
-untuk menunjukkan tempat bagi sesuatu perbuatan, keterangan tentang waktu dan
konsep.
contoh: i) Perhimpunan diadakan pada hari Isnin.
ii) Gambar itu digantungkan pada dinding rumahnya.
d) dari
-untuk menunjukkan tempat atau arah asal sesuatu atau tempat
-bermulanya sesuatu perkara
contoh : Dia berasal dari Semenyih
e) daripada
-untuk menunjukkan punca dan asal kejadian sesuatu
-untuk menunjukkan perbezaan dan keanggotaan
contoh: i) Kerusi itu diperbuat daripada kayu jati.
ii) Siti lebih tinggi daripada Lela.
iii) Para peserta terdiri daripada murid-murid tahun tiga.
f) ke
-untuk menunjukkan tempat atau arah dituju
-untuk menunjukkan masa atau waktu.
contoh: i) Kakak pergi ke kedai.
ii) Perlawanan itu ditunda ke tarikh yang lain.
g) oleh
-untuk menunjukkan perlakuan pasif dengan pembuatnya
-membawa maksud sebab
contoh: i) Seluar itu dijahit oleh Mak Temah.
ii) Nelayan itu terbunuh oleh tusukan ekor ikan pari yang berbisa itu.
h) dengan
-membawa maksud bersama-sama bandingan setara, keterangan cara dan penggunaan sesuatu
sebagai alat.
contoh: Pak Zul mengetuk paku dengan penukul.
Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Cikgu Daud hadir _________ sekolah _________ pukul 7 pagi.
A ke ...dari
B di ... pada
C ke ... pada
D di .... hingga
2. Husna lebih tinggi __________ kakaknya, Mardiah.
A dari
B pada
C dengan
D daripada
3. Tembakan pemburu itu kena tepat _____________ sasarannya iaitu seekor rusa.
A di
B ke
C pada
D kepada
4. Ibu telah membeli sebiji kek ___________ menyambut hari lahir adik.
A untuk
B pada
C di
D kepada
5. Keadaan kampung itu telah berubah jika dibandingkan __________ dahulu.
A dari
B dengan
C pada
D daripada
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Cikgu Daud hadir _________ sekolah _________ pukul 7 pagi.
A ke ...dari
B di ... pada
C ke ... pada
D di .... hingga
2. Husna lebih tinggi __________ kakaknya, Mardiah.
A dari
B pada
C dengan
D daripada
3. Tembakan pemburu itu kena tepat _____________ sasarannya iaitu seekor rusa.
A di
B ke
C pada
D kepada
4. Ibu telah membeli sebiji kek ___________ menyambut hari lahir adik.
A untuk
B pada
C di
D kepada
5. Keadaan kampung itu telah berubah jika dibandingkan __________ dahulu.
A dari
B dengan
C pada
D daripada
No comments:
Post a Comment