Monday, 29 April 2013
Saturday, 27 April 2013
Friday, 26 April 2013
Thursday, 25 April 2013
Wednesday, 24 April 2013
SAJAK
Guruku Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.
Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.
Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.
Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.
Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.
Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.
Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.
SAJAK
Sajak sekolahku
SEKOLAHKU INDAH LAGI CANTIK….
MURIDNYA RAMAI MALAHAN CERDIK.
BIJAK, AMANAH, BERDISIPLIN JUGA BAIK….
SEKOLAHKU PERMAI DAN JUGA DAMAI..
TIADA SENGKETA TIADA RISAU,
SALING MENGHOMATI BUDAYA KITA…
SEGALA MASALAH DIKONGSI BERSAMA.
SEKOLAHKU…RUMAHKU…
TEMPAT BELAJAR, TEMPAT BERMAIN,
TEMPAT MENIMBA SEGALA ILMU.
JADI PEDOMAN SETIAP WAKTU…
Tuesday, 23 April 2013
Cerita
Helah Sang Kancil
Di dalam
sebuah rimba, tinggal seekor kancil yg bijaksana. Suatu hari, Sang
Kancil berjalan-jalan menikmati keindahan hutan. Tiba-tiba terdengar
ngauman yg amat kuat di belakangnya. Bila menoleh, rupa-rupanye Sang
Singa si raja rimba sedang bersedia utk menerkam dan membahamnya.Sang
Kancil cemas. Kakinya terketar-ketar. Namun, fikirannya tetap ligat
berputar. Mencari akal utk lepas drp dibaham Sang Singa yg lapar.
“Tunggu wahai raja rimba yg gagah perkasa, sebelum kau jadikan aku hidangan tengahari mu, ingin ku sampaikan satu pesan,” ujar Sang Kancil mencari helah melepaskan dirinya.“Pesan apa wahai Kancil? Jangan fikir kau dapat melepaskan diri,” sergah Sang Singa sambil menunjukkan taring dan kukunya yg tajam bak taji.Sang Kancil bertambah gerun. Namun digagahkan juga dirinya utk menyambung bicara.“Sebenarnya
aku disuruh oleh seekor singa yang sama besar dan gagah sepertimu utk
menyampaikan pesanan mahu bertarung dan beradu kekuatan,” Sang Kancil mereka cerita.
“Apa? Ada singa lain yg menyamai kegagahanku, dan berani utk menentangku di hutan ini?”
bentak Sang Singa sebaik mendengar bicara Sang Kancil. Dia mengaum
sekuat-kuatnya sehingga unggas-unggas yg sedang berehat di pepohonan
terbang bertempiaran. “Di mana kamu temui singa yg berani menentang aku itu? Tunjukkan kpd aku sekarang juga!” tambah Sang Singa dengan amarah yang membara.“Singa itu sedang menunggumu di tepi sungai di pinggir hutan ini.” tanpa lengah, Sang Kancil menunjukkan arah.
Sang
Singa berlari selaju mungkin menuju ke sungai yg dimaksudkan. Sebaik
tiba ditebing sungai yg jernih itu, Sang Singa terus menyeberangi
jambatan kayu yg merintangi kedua-dua belah tebing. Matanya melilau liar
sambil memusing-musingkan kepala, mencari si singa yg mahu
menentangnya, sepertimana diberitakan oleh Sang Kancil yang bijaksana.Seterusnya
Sang Singa melihat ke dlm air, dan ia melihat satu bayangan yg
menyerupai dirinya. Ia menyangka bahawa bayangan itulah singa yg mahu
beradu kekuatan dengannya. Sang Singa mengaum keras utk menunjukkan rasa
tidak takut, apatah lagi cemas.Alangkah
terkejutnya Sang Singa tatkala melihat bayangan itu juga membuka mulut
dan menampakkan taringnya yg tajam dan bersinar. Sang Singa berasa
tercabar. Lalu tanpa berfikir panjang, ia terjun ke dlm sungai utk
menyerang bayangan dirinya itu.Blurrrpppppp!!! kedebom!
Sang Singa
basah kuyup disimbah air sungai, sementara bayangan yg menentangnya
hilang entah ke mana. Sang Singa yg basah, kesejukan bercampur
kebingungan memikirkan ke mana perginya singa “penentang” itu tadi.Akhirnya, Sang Kancil selamat daripada dimakan oleh singa – Sang Raja Rimba.
Monday, 22 April 2013
Sunday, 21 April 2013
Nota Dan Latihan Kata Hubung
Nota Kata Hubung
-Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan kata, frasa dan ayat.
-Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan kata, frasa dan ayat.
Contoh Penggunaannya
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Apabila | Para penonton tertawa apabila melihat telatah pelawak itu. *Kata hubung apabila tidak boleh digantikan dengan kata bila. Bila sebenarnya merupakan kata tanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Supaya / agar | Anda perlu berakhlak mulia supaya anda dihormati orang. (atau) Anda perlu berakhlak mulia agar anda dihormati orang. * Agar dan supaya mendukung makna yang sama .Oleh itu, pilihlah salah satu saja. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Oleh sebab | Pertandingan syarahan itu diabtalkan oleh sebab tidak mendapat sambutan * Penggunaan oleh kerana salah kata sendi maesti diikuti oleh kata nama sebagai objek dan bukannya kata hubung | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jika / sekiranya | Saya akan datang jika hari tidak hujan. Saya akan datang sekiranya hari tidak hujan. *Kata jika dan sekiranya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah salah satu saja. Latihan Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.
|
Nota Dan Latihan Kata Bilangan
Nota Kata Bilanagan
Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. Kata bilangan ada enam jenis iaitu:
Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. Kata bilangan ada enam jenis iaitu:
- Kata bilangan tentu
- Contoh: satu, dua, tiga
- Kata bilangan tak tentu
- Contoh: beberapa, banyak, segala
- Kata bilangan himpunan
- Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan
- Kata bilangan pecahan
- Contoh: setengah, tiga suku
- Kata bilangan pisahan
- Contoh: tiap-tiap, masing-masing
- Kata bilangan tingkat
- Contoh: pertama, kedua, ketiga
Latihan:PENJODOH BILANGAN
Arahan : Pilih jawapan yang paling sesuai untuk
mengisi tempat kosong.
1.
“Berapakah
harga ………. petai ini?” tanya ibu kepada penjual.
A sebiji C seulas
B sebuah D sepapan
warni dijahit untuk dijadikan alas kaki yang
menarik.
A
cebis C bidang
B
gumpal D gulung
3.
Malik
membeli sebatang tebu dan memotong-motongnya agar setiap adiknya mendapat ……….
A sebiji C sehiris
B seruas D seketul
rumah
sewa di Kampung Pinang Sebatang.
A pintu C bidang
B papan D rangkai
A sebilah C sejambak
B seutas D serumpun
6.
Dia mengesat dakwat yang tertumpah di
atas
meja itu dengan ……… kain.
A sebidang C sepasang
B secebis D selembar
7.
Beberapa
……… mutiara digunakan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
A ulas C butir
B keping D potong
A segulung C sekajang
B segelung D sebuah
A sepotong …..
biji
B sehiris
….. ulas
C seketul
….. biji
D sekeping …..
ulas
A tangkai …..
sikat
B ikat
….. tandan
C ikat
….. sisir
D tangkai
….. sisir
Latihan Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama
1. Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
2. Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama.
3. Kata sendi nama ini hendaklah dipisahkan dari perkataan yang mengikutinya.
4. Kata sendi nama terdiri daripada:
a) di
-untuk menunjukkan tempat sahaja - contoh : Rumah saya terletak di Taman
Matahari.
b) kepada
-untuk menunjukkan penerima ialah orang atau haiwan
-ditujukan kepada sesuatu institusiyang dipunyai manusia
contoh: i) Aina mengirim surat kepada ayahnya.
ii) Permohonan itu ditujukan kepada Berita Harian.
c) pada
-untuk menunjukkan tempat bagi sesuatu perbuatan, keterangan tentang waktu dan
konsep.
contoh: i) Perhimpunan diadakan pada hari Isnin.
ii) Gambar itu digantungkan pada dinding rumahnya.
d) dari
-untuk menunjukkan tempat atau arah asal sesuatu atau tempat
-bermulanya sesuatu perkara
contoh : Dia berasal dari Semenyih
e) daripada
-untuk menunjukkan punca dan asal kejadian sesuatu
-untuk menunjukkan perbezaan dan keanggotaan
contoh: i) Kerusi itu diperbuat daripada kayu jati.
ii) Siti lebih tinggi daripada Lela.
iii) Para peserta terdiri daripada murid-murid tahun tiga.
f) ke
-untuk menunjukkan tempat atau arah dituju
-untuk menunjukkan masa atau waktu.
contoh: i) Kakak pergi ke kedai.
ii) Perlawanan itu ditunda ke tarikh yang lain.
g) oleh
-untuk menunjukkan perlakuan pasif dengan pembuatnya
-membawa maksud sebab
contoh: i) Seluar itu dijahit oleh Mak Temah.
ii) Nelayan itu terbunuh oleh tusukan ekor ikan pari yang berbisa itu.
h) dengan
-membawa maksud bersama-sama bandingan setara, keterangan cara dan penggunaan sesuatu
sebagai alat.
contoh: Pak Zul mengetuk paku dengan penukul.
Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Cikgu Daud hadir _________ sekolah _________ pukul 7 pagi.
A ke ...dari
B di ... pada
C ke ... pada
D di .... hingga
2. Husna lebih tinggi __________ kakaknya, Mardiah.
A dari
B pada
C dengan
D daripada
3. Tembakan pemburu itu kena tepat _____________ sasarannya iaitu seekor rusa.
A di
B ke
C pada
D kepada
4. Ibu telah membeli sebiji kek ___________ menyambut hari lahir adik.
A untuk
B pada
C di
D kepada
5. Keadaan kampung itu telah berubah jika dibandingkan __________ dahulu.
A dari
B dengan
C pada
D daripada
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Cikgu Daud hadir _________ sekolah _________ pukul 7 pagi.
A ke ...dari
B di ... pada
C ke ... pada
D di .... hingga
2. Husna lebih tinggi __________ kakaknya, Mardiah.
A dari
B pada
C dengan
D daripada
3. Tembakan pemburu itu kena tepat _____________ sasarannya iaitu seekor rusa.
A di
B ke
C pada
D kepada
4. Ibu telah membeli sebiji kek ___________ menyambut hari lahir adik.
A untuk
B pada
C di
D kepada
5. Keadaan kampung itu telah berubah jika dibandingkan __________ dahulu.
A dari
B dengan
C pada
D daripada
Saturday, 20 April 2013
Latihan peribahasa
Latihan Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan di bawah.
1. Ibu selalu menasihati Zairi agar banyak membaca kerana ________________
A. masa itu emas
B. membaca jambatan ilmu
C. bahasa jiwa bangsa
D. badan sihat otak cergas
2. Cikgu Poi Leng mengarahkan murid-muridnya supaya meluruskan barisan yang bengkang-bengkok ______________________.
A. seperti ular kena paling
B. seperti kerbau dicucuk hidung
C. seperti ikan dalam belat
D. seperti bumi dengan langit
3. Aliff tidak mengenang jasa ibu dan bapa angkatnya yang telah membesarkannya. Sikapnya ________________.
A. bagai gagak pulang ke benua
B. bagai ayam disambar helang
C. bagai kacang lupakan kulit
D. bagai melukut di tepi gantang
4. Kepulangan Aziz dari luar negara setelah tamat belajar di sebuah university ___________.
A. bagai sireh pulang ke gagang
B. bagai itik pulang petang
C. bagai menatang minyak yang penuh
D. bagai telur di hujung tanduk
5. Pasukan pengakap sekolah sekolah bekerjasama _______________ semasa mengadakan aktiviti perkhemahan di sekolah.
A. bagai isi dengan kuku
B. bagai dakwat dengan kertas
C. bagai aur dengan tebing
D. bagai abu di atas tunggul
6. penduduk di taman perumahan itu melakukan hal masing-masing tanpa mempedulikan hal jiran tetangga. Hal ini seperti perumpamaan _____________.
A. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
B. bagai melepaskan anjing tersepit
C. bagai anjing dengan kucing
D. bagai melepaskan batuk di tangga
7. Aliana berasa kecewa kerana cintanya terhadap Azizi tidak berbalas, bak kata orang______________.
A. bagai buluh ditarik songsang
B. bagai balak terendam
C. bagai bertepuk sebelah tangan
D. bagai mendukung biawak hidup
8. Hanisah mendapat harta yang banyak daripada peninggalan arwah bapanya.Tiada siapa-siapa yang tahu akan hal itu. Hal ini seperti _________________.
A. bagai tikus jatuh ke beras
B. bagai melukut di tepi gantang
C. bagai api dalam sekam
D. bagai kacang lupakan kulit
9. Keadaan televisyen yang rosak itu menjadi lebih teruk apabila dibaiki oleh Tan Choong. Bak kata orang_______________
A. bagai menarik rambut dalam tepung
B. bagai kumbang putus tali
C. bagai tikus membaiki labu
D. Bagai melepaskan anjing tersepit
10. Penghulu menyelesaikan masalah rakyat dengan berhati-hati supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.
A. bagai melepaskan batuk di tangga
B. bagai menarik rambut dalam tepung
C. bagai buluh ditarik songsang
D. bagai aur dengan tebing
Subscribe to:
Posts (Atom)